BAHAGIAN DASAR DAN STRATEGIK
Latar Belakang Penubuhan
Mula ditubuhkan dengan nama Unit Inspektorat pada Tahun 1996.
Dinaikkan taraf menjadi Bahagian Dasar dan Inspektorat pada Oktober 2003.
Menurut perancangan strategik Kementerian Hal Ehwal ugama 2010-2014, Bahagian Dasar telah digabungkan dengan Bahagian Penyelidikan dan Perkembangan dan dinamakan seperti yang ada sekarang mulai April 2010.
Bahagian ini dibahagikan kepada 2 Seksyen iaitu:
1. Seksyen Dasar dan Mesyuarat
2. Seksyen Kajian dan Perancangan
Bahagian ini adalah secara langsung di bawah kawalan Setiausaha Tetap KHEU.
Fungsi Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan
1.Menjadi Urusetia bagi Muzakarah Mingguan Pentadbiran (MMPK) dan Muzakarah Bulan Kementerian (MBK).
2.Menggariskan dan menyediakan dasar-dasar strategik berhubung hal ehwal yang di bawah bidang kuasa jabatan dan bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
3.Memastikan jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama melaksanakan dasar-dasar, peraturan-peraturan atau arahan-arahan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
4.Menjadi Urusetia peringkat Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Program Khidmat Bakti Negara.
5.Menjadi Urusetia peringkat Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Jawatankuasa Khas Isu Wanita dan Institusi Keluarga.
6.Menjalankan penyelidikan strategik berhubung hal ehwal bidang kuasa jabatan dan bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
7.Merancang, mengkaji, menganalisa dan memantau rancangan strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Objektif Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan
1.Bertindak sebagai 'Think Tank' dan 'Strategic Integrator' bagi memastikan dasar/program/projek yang dirancang dan digubal secara bersepadu dan berkesan untuk membangun/memajukan perkhidmatan dan pengurusan KHEU.
2.Memberikan khidmat sokongan bagi memastikan semua tugas yang berkaitan dengan fungsi KHEU dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta menepati prinsip-prinsip dan peraturan yang ditetapkan.
3.Memastikan perancangan, pembangunan dan penyelidikan yang berkaitan dengan dasar Kementerian dilaksanakan dengan efektif dan selaras dengan dasar wawasan Negara.
4.Merancang, menggubal, menyelaras dan memantau serta mengawasi perlaksanaan dasar-dasar yang strategik berpandukan matlamat program atau aktiviti Kementerian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.